Program Kempen Internet Selamat (Kis) Di Sjkc Chung Hua, Miri
3 Oktober 2025 | Aktiviti TerkiniPada 02/10/2025 bersamaan dengan hari Khamis. MCMC Cawangan Miri (MBO), dengan kerjasama Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kluster Miri, telah meneruskan pelaksanaan Program Kempen Internet Selamat (KIS) di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hua, Miri. Objektif program ini adalah meningkatkan kefahaman murid tentang penggunaan internet secara selamat dan beretika. Memupuk kesedaran mengenai had umur yang sesuai dalam penggunaan media sosial. Mendedahkan murid kepada risiko dalam talian seperti perkongsian maklumat secara berlebihan dan buli siber. Seramai 60 pelajar (Tahun 6) telah menyertai program ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: